Aku hormati masa yg kau perlukan utk menilai kembali
persahabatan ini tetapi setiap hari aku seolah dpt rasakan aku semakin jauh dari
sahabat yg telah aku hilang selama 35 tahun dan aku takut ianya akan berulang
kembali. Ku semai ku pupuk ku bina kembali persahabatn itu sebaik shj
menjumpaimu; kuserah segala jiwa dan ragaku, kuluahkan segala keikhlasan ku,
kerna ku tahu kemuliaan persahabatan ini, kau tak pandai meminta, kau tak
pandai merayu dan kau pastinya buntu. Aku terus menerus tanpa rasa penat dan
pilu, memberi apa yg termampu, jauh sekali meminta sebarang balasan, demi
menagih dan membina kembali persahabatan yg telah lama hilang. Ku cuba
mengenali mu kembali baik dari segi luaran dan dalaman, kerna kurindui cerita
semalam (35th). Ya kekadang aku terasa kerna mungkin usaha murni ini tak
dihargai, tetapi niat ku lebih besar dari itu demi membuat kau bahagia dan dpt
meneruskan kehidupan ini. Sekiranya kau imbau kembali saat2 kita bersama tidak
pernah rasanya aku mengeluh tentang persahabatan ini. Cuma apa yg ku tulis agak
keterlaluan membuatkan keadaan menjadi salah faham...bukankah itu resam
persahabatan? Bagiku tiada apa2 kekurangan dlm diri mu dlm persahabatan ini.
Kumohon diri ini diberi sedikit lagi kesempatan utk ku buktikan keikhlasan,
Berapa rendah lagi kau mahu aku letakkan diri ini demi menyelamatkan
persahabatan ini? Wassalam
No comments:
Post a Comment